KUALA LUMPUR- Polis percaya telah menyelesaikan beberapa kes ragut yang berlaku di sekitar Brickfileds sejak awal tahun ini selepas tertangkapnya seorang remaja berusia 16 tahun, Isnin lepas. READ MORE »
Daily archives for August 8th, 2012
Hubungan Amy Jackson dan Prateik Goyah???
Hubungan pelakon Amy Jackson dan Prateik yang dilaporkan kini sedang goyah.
Menurut sumber, pasangan yang pernah digandingkan bersama dalam filem Ekk Deewana Tha, mengalami masalah kerana sikap Prateik yang begitu mengongkong Amy. READ MORE »
Pinjam pengecas sebelum rogol
SUBANG JAYA – Dengan memberi alasan kononnya mahu meminjam pengecas bateri telefon bimbit, seorang pekerja restoran tergamak merogol rakan sekerjanya sendiri selepas mencekik wanita itu di sebuah asrama pekerja di SS14 di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 pagi itu, mangsa berumur 33 tahun dikunjungi lelaki berkenaan ketika berada di dalam salah sebuah bilik di asrama itu.
Oleh kerana mengenali lelaki itu, mangsa membuka pintu tanpa menyangka detik hitam bakal dilaluinya beberapa minit selepas itu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, suspek warga Indonesia yang dikenali Herry terus mencekik leher mangsa dan menolaknya ke atas tilam.
Kes disiasat di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.



































