Hubungan pelakon Amy Jackson dan Prateik yang dilaporkan kini sedang goyah.
Menurut sumber, pasangan yang pernah digandingkan bersama dalam filem Ekk Deewana Tha, mengalami masalah kerana sikap Prateik yang begitu mengongkong Amy. “Prateik merupakan teman lelaki yang bersikap keterlaluan kerana dia tidak pernah meninggalkan Amy berseorangan walaupun gadis ini ingin menjalankan penggambaran di sekitar Mumbai.
“Sikap Prateik menyebabkan kekasihnya itu berasa terkongkong. Meskipun Amy pernah menyuarakan rasa tertekannya, namun Parteik tidak mengendahkan sehingga membuatkan Amy ingin memutuskan hubungan mereka,” kata sumber.
Bagaimanapun, berita ini masih belum diketahui kesahihannya dan ada juga sumber yang memberitahu kedua-duanya kini hanya berpisah sementara kerana masing-masing ingin menumpukan karier mereka.












