TAJUK: The Avengers
GENRE: Aksi, Komedi, Adiwira
PENGARAH: Joss Whedon
PELAKON: Robert Downey, Jr, Chris Evans, Mark Ruffalo, Chris Hemsworth, Scarlett Johansson, Jeremy Renner, Tom Hiddleston, Samuel L. Jackson
EDARAN: Walt Disney Pictures
Tayangan: Mulai 27 April 2012
Sipnosis
Loki, adik kepada Thor muncul kembali untuk memburu senjata baru yang akan membuka dimensi membolehkan bala tenteranya muncul menakluk Bumi. Dengan kelebihannya, Loki telah berjaya memukau Clint Barton atau Hawkeye untuk menyebelahi pihaknya.
Untuk menghadapi ancaman ini, Nick Fury (Samuel L. Jackson) telah meminta bantuan Dr Bruce Banner, Steve Rogers dan Tony Stark untuk membantu memburu Loki.
Mereka kemudiannya disertai Thor yang pada masa yang sama turut memburu adiknya. Konflik kemudian berlaku apabila masing-masing bertelagah terhadap kepentingan tersendiri. Pertelagahan antara mereka sememangnya merupakan perancangan asal Loki kerana dengan ini dia dapat mengalihkan perhatian barisan wira tersebut dari mengganggu misinya.
Mampukah barisan superhero tersebut merupakan konflik mereka dan memfokuskan kepada ancaman Loki yang semakin hamper mencapai cita-citanya menakluk dunia?
layari dadidadhiya.com untuk cerita penuh
sumber:murai.com.my












