Perancis Metropolitan, iaitu wilayah Perancis yang utama, bersempadan dengan Teluk Biscay dan Selat Inggeris, antara Belgium dan Sepanyol, tenggara United Kingdom; bersempadan dengan Laut Mediterranean, antara Itali dan Sepanyol. Wilayah ini juga mempunyai sempadan dengan negara Belgium, Jerman dan Luxembourg di sebelah timur laut; Switzerland di sebelah timur; Itali dan Monaco di sebelah tenggara; dan Andorra dan Sepanyol di sebelah barat daya. Selain itu, Wilayah Luar Negeri Perancis Guiana Perancis juga berkongsi sempadan darat dengan Brazil dan Suriname, dan Saint-Martin pula bersempadan dengan Antillen Belanda. Perancis dihubungkan dengan United Kingdom melalui Terowong Selat, yang berlalu di bawah Selat Inggeris.


















