Kulit muka dah berkedut. Itu perkara normal apabila usia kita sudah meningkat. Jangan la pulak kita kecewa. Situasi itu memang dah normal bagi setiap orang. Namun perkara itu boleh ditanggani jika kita mengamalkan petua di bawah.
Ambil tepung ubi kayu dan timun (disagat). Campurkan kedua-duanya dengan sedikit air. Sapukan kemuka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Amalkan 2 atau 3 kali seminggu untuk menegangkan kulit muka dan menjadikan kulit muka lebih halus dan putih. Insyallah, semua petua ini dapat menegangkan semula dan memutihkan kulit muka anda. Selamat mencuba.
Ni pulak nak bagi kulit muka lembut. Amalkan petua di bawah.
Campurkan susu penuh krim dengan beberapa titik jus lemon. Kacau rata dan ambil sedikit lalu sapukan kemuka. Amalkan setiap pagi selepas mandi. Kulit muka akan menjadi halus dan licin.
atau
Ambil sebiji buah tomato dan cuci hingga bersih. Belah 2 dan sapukan ke muka ketika mandi sebagai menggantikan pencuci muka. Biarkan 2 atau 3 minit sebelum dicuci. Amalkan sebagai bahan pencuci muka setiap hari untuk kulit yang lebih segar dan bersih.












