HULU KLANG: Pelakon, Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Jamil, dipilih sebagai Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) yang baru.
Beliau yang menerima undian sebanyak 152, menumpaskan dua pencabarnya, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar dan Zulkefli Ismail pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) SENIMAN ke-14 di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), di sini, semalam.
Harun Salim Bachik, penyandang jawatan itu tidak bertanding untuk penggal baru ini. Dalam pertandingan tiga penjuru itu, Ahmad Tarmimi menerima sembilan undian dan Zulkefli, lapan undian. Dengan kemenangan itu, Zed Zaidi akan menerajui persatuan itu untuk sesi 2012-2015.
Sebelum pemilihan, Zed Zaidi dikatakan menghadapi tentangan sengit daripada mantan Presiden SENIMAN, Datuk Mustapha Maarof yang turut menawarkan diri bertanding. Bagaimanapun, Mustapha berubah fikiran pada saat akhir apabila menarik diri. Zed Zaidi yang sebelum ini memegang jawatan Pemangku Timbalan Presiden yang dilantik berkata, pengunduran Mustapha pada saat akhir sangat mengejutkannya.
“Saya terkejut dengan keputusan ‘uncle’ (Datuk Mustapha) malah saya menghormati pendiriannya sebagai pemimpin yang cukup disegani sebelum ini.
“Dengan kemenangan ini saya berjanji untuk memimpin SENIMAN dengan sebaiknya. Matlamat saya adalah untuk membela nasib artis tanah air dan memartabatkan persatuan itu,” katanya.
AGM itu berlangsung agak tegang sehingga hampir dua jam kerana ramai ahli tidak puas hati terhadap minit mesyuarat.













Tahniah Mr. President. Walaupun saya hanya mengetahui berita keputusan pemilihan AGM SENIMAN Ke 14 baru2 ni melalui akhbar nasional, saya no.keahlian 0722 SENIMAN, tetap berbangga dengan kehadiran dan kemenangan sdra Zed sebagai Presiden SENIMAN yg baru. Sudah tepat masanya utk lineup yg baru di bawah pimpinan sdra Zed mengemudi SENIMAN keatas landasan yg sebenar yg akan mengajak kita melihat kehadapan bergerak terus bergerak tanpa membiarkan duri2 yg terbenam dlm ketapak kaki pd setiap penggerak2 seni tanahair tatkala mengharungi lautan seni di bandaraya Kuala Lumpur.Intip2lah kekurangan mereka ,bantulah mereka tapi yg penting mereka adalah ahli SENIMAN.Terima kasih dan Taniah sekali lagi pd sdra Zed Presiden SENIMAN
[Reply]
Ajailani
Reply:
May 28th, 2012 at 10:13 PM
semoga SENIMAN akan lebih menyerlah di bawah ke pimpinan presiden baru…
[Reply]
Ajailani
Reply:
January 21st, 2013 at 4:08 PM
Terima kasih atas komen anda
[Reply]