HULU KLANG: Pelakon, Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Jamil, dipilih sebagai Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) yang baru.
Beliau yang menerima undian sebanyak 152, menumpaskan dua pencabarnya, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar dan Zulkefli Ismail pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) SENIMAN ke-14 di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), di sini, semalam.
Harun Salim Bachik, penyandang jawatan itu tidak bertanding untuk penggal baru ini. Dalam pertandingan tiga penjuru itu, Ahmad Tarmimi menerima sembilan undian dan Zulkefli, lapan undian. Dengan kemenangan itu, Zed Zaidi akan menerajui persatuan itu untuk sesi 2012-2015.











